Gagah dan Setia. Segalanya, bermula dengan hasrat untuk
membela tanah air, satu pasukkan tentera darat telah ditubuhkan dan usaha telah
dijalankan bermula 1902. pada 23 januari 1933, rang undang-undang askar melayu
telah diluluskan dan dikenali sebagai askar melayu. Seramai 25org dari beribu
yang hadir telah dipilih sebagai pengasas kompeni percubaan pasukkan askar
melayu . Mereka telah diarahkan
melaporkan diri ke haig lines atau lebih dikenali sebagai IPDA, Port Dickson
untuk memulakan latihan pada 1 mac 1933.
Dilahirkan sebagai anak bekas perajurit sedikit sebanyak
dapat memberi saya gambaran dengan perjuangan perwira-perwira negara melakukan
apa sahaja demi mempertahanankan ibu pertiwi. Cerita-cerita yang telah
diceritakan oleh ayah saya ketika beliau berkhidmatsemasa konfarantasi Malaysia Indonesia dan
pengalaman-pengalaman beliau sentiasa menyuntik semangat saya untuk cintakan
tanah air and hormat kepada perajurit-perajurit.
Kem Sunggala , Rejimen ke 2 Kor Armor diRaja
2KAD
Tanggal 5 Januari 2014, kami #H2Ofamily telah dijemput oleh
Dato’ Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein ke Kem Sunggala dimana kem ini
menempatkan Rejimen ke 2 Kor Armor diRaja 2KAD. Disini kami telah diberi
peluang mengikuti latihan menembak senjata M4. Penerangan telah diberikan
sebelum aktiviti bermula.
Sesi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.
Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Black Hawk Down dan pelbagai
cerita perang hanya dapat memberi gambaran ketika perang. bedilan bom, dan das
tembakkan hanya dapat dinyatijahkan didalam bentuk bunyi. Tetapi jauh panggang
dari api, apabila satu das tembakkan dilepaskan, perasaan yang dilalui sangat
lain, takut, gerun, adakah ini kali terakhir kita berdiri disini.
Kami, sekumpulan
telah diberi satu pengalaman yang amat dihargai. Berdirinya kami untuk
mendengar beberapa das tembakkan amatlah berbeza dengan pengalaman kami
memegang sendiri sejata M4, menarik picu dan melepaskan tembakkan. Buat pertama
memegang senjata, getar ditangan dan jantung bedegub kencang. Apa yang akan
berlaku kemudian, tidak kami ketahui. Setiap diantara kami telah diberi seorang
jurulatih yang akan mengajar kami cara memegang artileri tersebut, cara
menyelarasnya, menandakan target dan secara memetik picu. Kali pertama picu
dipetik, ‘jatuh jantung’ dan setelah beberapa kali melepaskannya hanya target
sebuah kotak kecil berada dihadapan menjadi tumpuan.
Sesi menembak dijalankan.
Aktiviti kami dimeriahkan lagi dengan pertandingan yang
dijalankan. Dibahagikan kepada 5 sekumpulan, berbekalkan sebanyak 10 biji
peluru setiap seorang, kami perlu menjatuhkan 10 kepingan plat sebesar 7 inci
dan sejauh 100 meter. Kejauahan asal telah di kurangkan setelah Dato’ Seri
Panglima Hishammuddin melihat keputusan ‘test run’ yang agak
‘memberansangkan’. First timer la
katakan.. ‘ketak lutut’ . Alhamdulillah kumpulan kami menang pusingan pertama.
dengan 6 jatuhan plat. Bangga manager team kami ka ida ;) Pusingan kedua kami
tidak bernasib baik, kami dikalahkan dengan kumpulan yang ‘teror’. Kepada yang
menang tahniah kami ucapkan.
Teruja menang pusingan yang pertama
Kami smpat meluangkan masa bersama Dato’ Seri Panglima Hishammuddin,
beliau berkongsi pengalaman beliau menjadi Tok Dad.
Selepas penat menunujukkan kebolehan yang tidak seberapa,
kami telah dijamukan makan tegahari di Kem Perwira, didisini. Makanan yang enak
dan layanan yang terbaik yang telah di berikan kepada kami. Bukan itu sahaja
pemandangan laut yang indah dapat dilihat daripada kem ini.
Bersama Dato’ Abdul Hadi,Ketua Pengarah PLKN dan H20 Team.
Gembira, teruja dan
satu pengalaman yang bebeza kami lalui. Tapi, pada pengakhirannya, terdetik
dihati saya. Jikalau keamanan dan keselamatan negara tergadai akibat daripada
nafsu serakah demi kuasa, nasib kita akan sama seperti negara-negara timur
tengah. Bedilan bom, das-das tembakkan menjadi halwa telinga. Mayat- mayat
bergelimpangan bak daun yang berguguran. Nyawa bak telur dihujung tanduk.
Sedangkan dengan 1 das tembakkan, berdegup jantung. Tanpa perajurit-perajurit
yang sanggup mendepositkan nyawa mereka demi ibu pertiwi, dan kestabilan
politik negara tak mungkin kita akan hidup aman seperti sekarang. Keji dan
kejamlah bagi mereka yang mengatakan nayawa yang terkorban sebagai sendiwara.
Kenangan diKem Sunggala , Rejimen ke 2 Kor
Armor diRaja 2KAD
Akhir sekali, terima kasih kepada Dato’ Seri Panglima
Hishammuddin Tun Hussein, Panglima-Panglima dan anngota-anggota yang betugas
diatas pengalaman yang diberikan.
Jangan lupa untuk mengikuti Dato' Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein di :-
twitter : @HishammuddinH20
facebook : Hishammuddin Tun Hussein
Instagram : Hishammuddinhussein
Dan layari www.mod.gov.my/ untuk info tentang pertahanan negara kita.