Tuesday, 4 February 2014

Sepagi bersama Dato' Seri Panglima @HishammuddinH2O dan Perwira-Perwira Negara

Gagah dan Setia. Segalanya, bermula dengan hasrat untuk membela tanah air, satu pasukkan tentera darat telah ditubuhkan dan usaha telah dijalankan bermula 1902. pada 23 januari 1933, rang undang-undang askar melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai askar melayu. Seramai 25org dari beribu yang hadir telah dipilih sebagai pengasas kompeni percubaan pasukkan askar melayu  . Mereka telah diarahkan melaporkan diri ke haig lines atau lebih dikenali sebagai IPDA, Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 mac 1933.

Dilahirkan sebagai anak bekas perajurit sedikit sebanyak dapat memberi saya gambaran dengan perjuangan perwira-perwira negara melakukan apa sahaja demi mempertahanankan ibu pertiwi. Cerita-cerita yang telah diceritakan oleh ayah saya ketika beliau berkhidmatsemasa  konfarantasi Malaysia Indonesia dan pengalaman-pengalaman beliau sentiasa menyuntik semangat saya untuk cintakan tanah air and hormat kepada perajurit-perajurit.







Kem Sunggala , Rejimen ke 2 Kor Armor diRaja 2KAD

Tanggal 5 Januari 2014, kami #H2Ofamily telah dijemput oleh Dato’ Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein ke Kem Sunggala dimana kem ini menempatkan Rejimen ke 2 Kor Armor diRaja 2KAD. Disini kami telah diberi peluang mengikuti latihan menembak senjata M4. Penerangan telah diberikan sebelum aktiviti bermula.


Sesi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.

Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Black Hawk Down dan pelbagai cerita perang hanya dapat memberi gambaran ketika perang. bedilan bom, dan das tembakkan hanya dapat dinyatijahkan didalam bentuk bunyi. Tetapi jauh panggang dari api, apabila satu das tembakkan dilepaskan, perasaan yang dilalui sangat lain, takut, gerun, adakah ini kali terakhir kita berdiri disini.

Kami, sekumpulan telah diberi satu pengalaman yang amat dihargai. Berdirinya kami untuk mendengar beberapa das tembakkan amatlah berbeza dengan pengalaman kami memegang sendiri sejata M4, menarik picu dan melepaskan tembakkan. Buat pertama memegang senjata, getar ditangan dan jantung bedegub kencang. Apa yang akan berlaku kemudian, tidak kami ketahui. Setiap diantara kami telah diberi seorang jurulatih yang akan mengajar kami cara memegang artileri tersebut, cara menyelarasnya, menandakan target dan secara memetik picu. Kali pertama picu dipetik, ‘jatuh jantung’ dan setelah beberapa kali melepaskannya hanya target sebuah kotak kecil berada dihadapan menjadi tumpuan.


Sesi menembak dijalankan.

Aktiviti kami dimeriahkan lagi dengan pertandingan yang dijalankan. Dibahagikan kepada 5 sekumpulan, berbekalkan sebanyak 10 biji peluru setiap seorang, kami perlu menjatuhkan 10 kepingan plat sebesar 7 inci dan sejauh 100 meter. Kejauahan asal telah di kurangkan setelah Dato’ Seri Panglima Hishammuddin melihat keputusan ‘test run’ yang agak ‘memberansangkan’.  First timer la katakan.. ‘ketak lutut’ . Alhamdulillah kumpulan kami menang pusingan pertama. dengan 6 jatuhan plat. Bangga manager team kami ka ida ;) Pusingan kedua kami tidak bernasib baik, kami dikalahkan dengan kumpulan yang ‘teror’. Kepada yang menang tahniah kami ucapkan.


Teruja menang pusingan yang pertama


Kami smpat meluangkan masa bersama Dato’ Seri Panglima Hishammuddin, beliau berkongsi pengalaman beliau menjadi Tok Dad.

Selepas penat menunujukkan kebolehan yang tidak seberapa, kami telah dijamukan makan tegahari di Kem Perwira, didisini. Makanan yang enak dan layanan yang terbaik yang telah di berikan kepada kami. Bukan itu sahaja pemandangan laut yang indah dapat dilihat daripada kem ini.

Bersama Dato’ Abdul Hadi,Ketua Pengarah PLKN dan H20 Team.

Gembira, teruja dan satu pengalaman yang bebeza kami lalui. Tapi, pada pengakhirannya, terdetik dihati saya. Jikalau keamanan dan keselamatan negara tergadai akibat daripada nafsu serakah demi kuasa, nasib kita akan sama seperti negara-negara timur tengah. Bedilan bom, das-das tembakkan menjadi halwa telinga. Mayat- mayat bergelimpangan bak daun yang berguguran. Nyawa bak telur dihujung tanduk. Sedangkan dengan 1 das tembakkan, berdegup jantung. Tanpa perajurit-perajurit yang sanggup mendepositkan nyawa mereka demi ibu pertiwi, dan kestabilan politik negara tak mungkin kita akan hidup aman seperti sekarang. Keji dan kejamlah bagi mereka yang mengatakan nayawa yang terkorban sebagai sendiwara. 


 Kenangan diKem Sunggala , Rejimen ke 2 Kor Armor diRaja 2KAD

Akhir sekali, terima kasih kepada Dato’ Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein, Panglima-Panglima dan anngota-anggota yang betugas diatas pengalaman yang diberikan.

Jangan lupa untuk mengikuti Dato' Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein di :-
twitter : @HishammuddinH20
facebook : Hishammuddin Tun Hussein
Instagram : Hishammuddinhussein

Dan layari www.mod.gov.my/‎ untuk info tentang pertahanan negara kita.

No comments:

Post a Comment