Saturday, 15 February 2014

Dalam Kenangan....

Keamanan yang dikecapi sering dipandang enteng. Hari berganti hari, hanya perbalahan, tuduh-menuduh diantara satu sama lain tentang siapakah yang harus bertangungjawab atas kekacauan yang berlaku. Sejarah telah mengajar kita kita bahawa jangan leka, jangan rasa selesa dengan apa yang di kecapi hari ini, kerana kita tidak tahu apa yang menanti.

Setahun telah berlalu, tatkala keamanan dinikmati, ujian getir menimpa. Lahad datu diceroboh! Pelbagai spekulasi dan andaian muncul bak cendawan lepas ujan. Bukan mimpi tapi realiti. Mendaratnya kumpulan penceroboh yang berbangsa Filipina telah menggemparakan seluruh rakyat Malaysia. Tatkala kita diulit mimpi, nyaman dengan keadaan yang sedia ada. Siapa sangka akan ada yang ingin merampasnya dari kita.
Tentera kesultanan Sulu gelaran diri mereka. Tiada yang pasti akan kesahihannya ketenteraan ini. Tetapi fakta yang utama mereka telah menceroboh kedaulatan Negara. Kejadian yang mengejutkan oleh ramai pihak, telah ditangani dengan bijak dan langkah yang terbaik sekali.


DS Hishammuddin menunjukkan kpd DS Zahid Hamidi kawsan yang terlibat

Meskipun ramai yang telah menjadi pakar-pakar strategi perang bahkan ada yang menjadi ‘Menteri-menteri’ KDN dan Pertahanan tanpa dilantik, tapi bukanlah tindakkan populis diambil. Nyawa menjadi pertaruhan, kedaulatan Negara menjadi percaturan.Pernahkah kita firkir sejenak jikalau tindakkan yang tergopoh-gopoh diambil, berapa ramai yang akan terkoraban bukan sahaja anggota yang betugas bahkan nya penduduk dikawasan itu?



Tun M juga hadir memberi sokongan moral.

Dengan penelitian didalam bertindak dan kerjasama yang erat dari dua kementerian, nyawa yang terkoban tidakklah terlalu ramai dan nyawa penduduk kawasan kampong Tanduo juga terselamat. bukan itu sahaja, bahkan durasi insiden itu tidaklah terlalu lama. 


Walaupun di ejek bahawa insiden ini adalah satu drama dan konspirasi, ,perwira negera tetep berdiri teguh mempertahanakan tanah air. Celakalah pabila nyawa menjadi bahan jenaka. Kedaulatan di jadikan drama sitcom. Dimanakah keperimanusian ? dimanakah kehormatan pada Negara?


Bertitik tolak dari kejadian ini, mata dan telinga perlulah dibuka. Disematkan didalam minda dan jiwa, hargailah keamanan yang ada. Jangan di cabar, jangan di pandang sepi kerana kita tak tahu apa yang menanti.

Kepada ayah, ibu, isteri, dan anak perwira-perwira ini, hanya terima kasih kami dapat ucapkan dan doa yang dapat dipanjatkan atas jasa yang dicurahkan demi mempertahankan tanah air tercinta.




Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment