Tuesday, 25 February 2014

Eprit de Corps oleh ATM dalam bantuan air di Selangor

Air memrupakan salah satu keperluan yg penting bagi survival harian. Sejak kebelakangan ini, negeri Selangor telah mengalami krisis air. Salah satu penyumbang utama kejadian ini adalah keadaan meteorlogi yang dialami sekarang. Panas kering dan kekurangan hujan telah menyebabkan paras empangan air berkurangan dan ini telah menyebabkan tekanan air rendah dan adakalanya terputus bekalan air.

Dengan semangat Esprit de Corps iaitu kerjasama dalam satu pasukkan untuk mencapai matlamat, pihak Atm telah bkerjasama dengan syabas untuk memberi bantuan air kepada mereka terjejas. Pada hari Sabtu yang lalu beberapa tanker telah dihantar ke Balakong bg meringankan beban penduduk disana.




Sebanyak 85 000 liter air telah dibekalkan kepada 3 buah taman iaitu Taman Kenari, Taman Kasawari dan Taman setia. Pengagihan bekalan air bermula dari jam 0900 hinga 0200. Selain itu, pihak TUDM juga berkerjasama dengan jabatan meteorologi bagi pembenihan awan komulus bagi membantu pembentukan hujan.







Melalui bantuan air oleh kerjamasa ATM ini, bukan sahaja dapat meringan beban tetapi sekali gus dapat mendekatkan anggota ATM dan masyarkat. Terima kasih diucapkan diatas kepimpinan Dato' Seri Panglima Hishammuddin dan kecekapan Kementerian Pertahanan negara. 

2 comments:

  1. Lain macam jer artikel nie... pasal askar jer... ehem... ehem...

    ReplyDelete
  2. Artikel mnunjukkan askar bukan shj pergi bperang tp akan turun padang jika bantuan dperlukan :)

    ReplyDelete